Bila anak demam dan kerap di tahan di Hospital, ibu2 dan ayah perlu take note.. anak sy selalu sakit dan demam dari baby sehingga la berusia 10 tahun.. Di lahirkan pramatang, menyebabkan anak selalu sakit dan demam.. setiap dua bulan hingga tiga bulan sekali anak akan demam. .
kebiasaannya saya akan bawak anak checck klinik swasta, ini kerana tak sanggup menunggu rawatan di hospital yang terlalu lama.. saya akan menghantar anak ke hospital, kebiasaanya demam melebihi 3 hari.. dari baby sehingga la usianya 10 tahun, dia sentiasa ulang alik hospital dan klinik kerajaan atau swasta.. sehingga la satu hari, dia di tahan di hospital.
Selama ni mmg doktor tak dapat detect dia ada tonsil yang membimbangkan. . sehingga la doktor pakar kanak-kanak yang melawat dan check kesihatan dia di wad. disebabkan dia dilahirkan pra matang, doktor check 100% kesihatan dia. doktor detect tonsil dia dah teruk, tonsil tahap 3. Appoinment demi appoinment saya datang. Doktor klinik ENT booking tarikh 15 Disember 2018, untuk tarikh operation dia.
Doktor minta pada kami selaku ibu bapa dia, jaga pemakanan anak. tidak boleh makanan yang panas, keras, berminyak dan pedas.. ia akan membesarkan lagi tonsil sedia ada.. saya sangat menjaga pemakanan anak sementara menunggu hampir tiga bulan untuk tarikh operation.. Alhamdulillah, anak saya pun sudah selesai operation tersebut. Tapi doktor sentiasa ingatkan kerapkan bagi anak makan aiskrim vanilla, jangan bagi makanan yang pedas, panas, keras dan kurangkan berminyak..

No comments:
Post a Comment